Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya ??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

*****************************************

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati…cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya…”

*****************************************

hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan ‘cinta’ kita kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita anggota tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya…maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati…bukanlah dari akal yg sentiasa lari….

32 Respons bagi “Erti Sebuah Cinta Sejati”

  1. 0145725434 Says:

    betul tu, begitula cinta.. jika kt mencintai seseorng pasti kt tidak mampu memberikan sebabnya..

  2. 0148905476 Says:

    tol3!……… kt nie lau dah cinta gler…smpai lupe dunia….tp syg klau org 2…x sma cm kt… tp cinta sejati ttp akn wujud!!!!!!!

  3. cipo Says:

    heeeeeeem mantep


  4. Memang!!!!Kalau cinta sejati kita semua harus berkorban untuk si dia yang kita cintai

  5. tasbih cinta Says:

    begitu hebat sekali erti cinta cinta dalam lubuk hatimu……hehehehe

  6. Hj Is Says:

    cinta sejati….lahir tanpa d pksa…suci…

  7. po_g Says:

    haah…..mmg betol,cinta xdpt utk kta buktikn sebenarnya,kerana ia tersemai didlm hati dan bila tiba msa,dgn sendiri ia akn trbukti tnpa kta sedari

  8. nurul ain Says:

    cinta sejati lahir dari hati yg suci….


  9. indhnya cnta sejati…

  10. Fadhilah Says:

    cnta tdk memerlukan alasan….mhupun luahan ke dlm bntuk kata2 yg sring di ucap….tp ckuplah kte mncintai dye hnya krna dye adalah drinya………seadanya drinya…..krna dye tlh mcptakn ssuatu dlm idup kite….taw mghdirkn ssuatu rse dlm idup kite…yg x mmpu kite ungkapkn….yg mmbwa kite sbuah snyuman atau kdukaan krn ksih syg yg ade dlm hti ini….& ingatan yg x prnah luput trhdapnya…itulah cnta……

  11. liya dilukai Says:

    erm,,,,cinta sejati sememngnya wujud,,,mmg cinta x memerlukan alasan,,dalam pcintaan mestilh ada kejujuran,,,,barulah cinta itu mantap

  12. DATU MOHD IZZUAN Says:

    Erti cinta sejati
    Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, namun akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak. Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan. Oleh itu, percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati.6 hari yang lalu
    jatiCinta sejati yang sebenar adalah amat indah, dan jauh dari apa yang ramai sangkakan. Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur? Walaupun usia dimamah masa, cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara. Oleh itu berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda. Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua.

  13. flora anne Says:

    kita hrus mengetahui mengapa kita bleh mencintai nya..sama ada rupa atau sebagainya..

  14. Din Al-Pendangi Says:

    “Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kpd kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau menyertai kami, dlm kehilangan, kesakitan & terluka kami. Kuatkanlah kami dlm menjalani hidup ini untuk menebarkan cinta & kasih sayang bagi sesama.”…..

  15. nur zieayana binti mohd yakin Says:

    cinta bagaikan api………..apabila anda permain kan api itu akan membakar diri anda,begitu juga cinta jika anda permainkan cinta yang rugi itu adalah anda.jadi jangan lah anda mempermainkan cinta kerana cinta adalah anugerah yang terindah daripada ilahi.

  16. nor0102550474 Says:

    kadang kita lepaskan orang yang
    kita sayang bukan sebab kita dah
    jemu, tapi sebab kita nak yang
    terbaik untuk dia dan diri kita sendiri
    sebab kita sedar , kalau memang dah
    tertulis dia jodoh kita, tak kan
    ke mana walau terpisah beribu
    batu pun ,,,,,,

  17. JueRayDah Says:

    Cinta itu indah..
    Hargai org yg mencintai anda , jgn sia-sia kan mrka…
    for ZaujiKu capital’S’ SARANGHAE…

  18. Foliee Says:

    Btul t2 btl…cinta sejati, dri mata turun kehati…bla tumbuhnya cinta, kluar lar sebuah kasih syg nya…btl x…hehehehe

  19. Ratu Chandring's Says:

    btl…cinta et0e mmrlukn 1 png0rbanan perasaan yg sngt besar


  20. no komen…apa yg kwn2 ckp tu..tu juga lr kata2 saya…cnta ne xprlu ada paksan,mahupun dendam trhdpt hbungan yg xsmpurna atau jalin dgn seowg,,kalo trjdi prpishan dgn seowg pun,,kita redo..kena xda jodoh,,apa nk dendam kn..ape trjdi pun..kita cuma trserah dgn takdir..prsan cyg nea dari sbuah ati yg murni dn sjeti..antar psg laki mahupun prmpuan..kita harz ada sling prcya dn sft pnyg….bru lr hbungan aman dn damaii..didunia dn akhrat..okey kwn2..renung2 kn…hehehehehehe…

  21. arfan Says:

    cinta perlukan pengorbanan untuk seseorang.

  22. najua kecixx Says:

    cita kekadang membuat kite terluka..tapi aper yang brlaku kite kena hadapi dgn tabah…cinta kekadang duka kekedang bahgia……

  23. najua kecixx Says:

    cinte diibaratkan memancing ikan kekadang dapat kekadang x dapat …hohohohoh…:)

  24. osyem Says:

    so sweet .. hmmm

  25. nisa Says:

    saya aynk dy sbp dy fam perasaan saya…….


  26. saya betul2x sayank dy sbp dy fham perasaan saya

  27. Nrag Says:

    Hizami :’(

  28. Diana najwa Says:

    Cinta adalah bnda yg paling suci dri ati kita ni..dan tmbullah prasan syg n cinta,antra laki n pmpuan..(0122108127)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.